Mengapa Takut Sangat Syamsidar Jadi Saksi?
73 views | +0 today
Follow
Your new post is loading...
Your new post is loading...
Scooped by Eagle Haslanded
Scoop.it!

Shamsidar Bakal Singkap Salah Laku Seks Anwar | OB21NET

Shamsidar Bakal Singkap Salah Laku Seks Anwar | OB21NET | Mengapa Takut Sangat Syamsidar Jadi Saksi? | Scoop.it
Eagle Haslanded's insight:

Maka terlerailah segala rahsia diaaa..

 

Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

 

Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam. Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

 

Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama. Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

 

Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

 

Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

 

Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

 

Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

 

Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

 

Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Anwar sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan.

Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

 

Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

 

Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

 

Jika benar Anwar adalah manusia ‘suci’ dan ‘maksum’ yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

 

Sudah tentu ‘kesucian’ dan ‘kemaksuman’ diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

 

Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba.

more...
No comment yet.
Scooped by Eagle Haslanded
Scoop.it!

Himpunan Shamsidar 12 Januari?

Himpunan Shamsidar 12 Januari? | Mengapa Takut Sangat Syamsidar Jadi Saksi? | Scoop.it
Eagle Haslanded's insight:

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

 

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan akti-viti biseksual.

 

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi? “Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

 

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan. Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu. Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah. “Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121229/po_05/Himpunan-Shamsidar-12-Januari#ixzz2GOfELtoO 
© Utusan Melayu (M) Bhd

more...
No comment yet.